Popular Posts

Monday, January 31, 2011

BUDAYA INOVASI

BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI: 
      Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 27 Januari 2010 di PICC. Objektif MI2010 ialah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara. Pelancaran MI2010 adalah untuk kick start pencetusan idea-idea inovasi ke segenap lapisan masyarakat melalui pembangunan ekosistem yang berupaya melakukan perubahan ke arah itu.  
       Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) adalah langkah utama dan berterusan bagi merealisasikan agenda inovasi negara. Inovasi kini menjadi pemacu ekonomi negara dalam menghadapi cabaran-cabaran global kini. Inovasi bukan milik sesiapa tetapi boleh dimiliki oleh semua, dan jika dijadikan budaya dan amalan hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa. Inovasi adalah kunci kepada kemakmuran dan ketamadunan sesebuah negara.  
      Selaras dengan pelancaran berkenaan, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan Garis Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam bertarikh 29 Januari 2010 bagi menggalakkan pembudayaan inovasi dalam sektor awam.

S.K.P.M

PDF Print
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) menjadi kayu ukur dalam menentukan aras kecemerlangan sekolah.

        Sukacita  dimaklumkan  bahawa  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  telah memutuskan  supaya  SKPM  2010  digunakan  sebagai  dokumen  rasmi  penarafan sekolah  bagi  rnenggantikan  SKPM-Sekolah.  Penggunaan  SKPM-sekolah  akan ditamatkan  setelah  pengisian  skor PKS-SKPM  oleh  sekolah  rendah  pada 15 hingga  22  Disember  2010  dan  sekolah  menengah  pada  5 hingga  9 April 2011.                               
         Mulai  tahun 2011,  pelaksanaan  PKS-SKPM  dan penilaian  pencapaian Tawaran  Baru akan dibuat  menggunakan  SKPM  versi  terbaru  (SKPM  2010) Pengisian  skor PKS-SKPM menggunakan  SKPM  2010  ini adalah  berdasarkan pencapaian sekolah  dalam  tahun  2010  Semua sekolah  hendaklah mengemukakan  skor PKS-SKPM  kepada  Jemaah  Nazir  dan Jaminan  Kualiti secara  atas  talian melalui  portal  e-penarafan  www.moe.gov.my/skpm.
        Sekiranya menghadapi masalah gunakan buku SKPM yang telah dibekalkan kepada semua sekolah sebagai panduan dan rujukan.Jadual perlaksanaan Proses pengisian Skor SKPM bolehlah dirujuk melalui surat dengan membuat attachmants pada portal PPDKBB.....
Semoga usaha kita diberkati Allah....

Tahniah ! kepada semua sekolah rendah yang telah menyempurnakan pengisian maklumat SKPM . Komitmen dan kesegeraan semua sekolah dalam melaksanakan kewajipan amatlah dihargai. (Jan,2011)


WARGA SEKTOR

PDF Print E-mail

 
KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI
TUAN HAJI MUSTAFA BIN ABD. HAMID B.C.K
  
 
KETUA PENOLONG PENGARAH
UNIT JAMINAN KUALITI
EN. ABDUL RAZAK BIN HUSIN
  
 
 PENOLONG PENGARAH KANAN
UNIT PIAWAIAN DAN DOKUMENTASI
 
EN. MOHD SHUKRI BIN YOP @ ABD. AZIZ
  
 
 PENOLONG PENGARAH
UNIT PIAWAIAN DAN DOKUMENTASI
/ KETUA UNIT INOVASI
EN. ZURAYME BIN ABU BAKAR
  
 
PENOLONG PENGARAH
UNIT JAMINAN KUALITI

EN. SHAHRUDIN BIN YAHYA
  
 
 PENYELIA KANAN
UNIT PIAWAIAN DAN DOKUMENTASI
EN. MOHD. AKHIR BIN HUSAIN
  
 
 PENYELIA KANAN
UNIT JAMINAN KUALITI
PN. HJH. KHADIJAH BINTI OMAR P.C.K
  
 
PEMBANTU TADBIR
EN. MUHAMMAD IZWAN AFFENDI BIN YAHYA
  
 
 PEMBANTU TADBIR
CIK RAZILLA BINTI MOHAMED HANIFA
  
 
PEMBANTU TADBIR
       
PN. ROHANA BINTI MOHAMAD ISA           
  
 
 PEMBANTU AM PEJABAT
PN. NOR'ASHIKIN BINTI SAAD

Ke arah Kemenjadian Pelajar



Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua warga pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu. Khasnya kepada semua warga kepimpinan sekolah. Diharapkan tahun baru 2011 akan lebih gemilang dan cemerlang.
Tahniah! kepada semua sekolah kebangsaan yang telah disenaraikan untuk verifikasi oleh JNJK atas kejayaan mencapai bai'ah pada tahun 2010. semoga berjaya !

Maklumat Dari Kementerian

Written by kualiti   
SIP adalah usaha komprehensif dan bercita-cita besar bagi mencabar,
memotivasi serta membantu semua 10,000 sekolah untuk meningkatkan
pencapaian murid – terutama  yang berprestasi rendah.
 
SIP ialah pemacu kritikal NKRA dan menyokong inisiatif “Sekolah Berprestasi Tinggi” (SBT)
SBT menaikkan tahap kecemerlangan sekolah, SIP merapatkan  jurang 
untuk sekolah yang berprestasi rendah.
 
SIP ialah kesinambungan daripada Tawaran Baru kepada PGB untuk  membantu dan
memotivasi semua sekolah bagi meningkatkan pencapaian semua murid
terutama mereka yang berprestasi rendah.

Selamat Datang Ke Blog Unit Kualiti PPDKBB