Popular Posts

Monday, January 31, 2011

S.K.P.M

PDF Print
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) menjadi kayu ukur dalam menentukan aras kecemerlangan sekolah.

        Sukacita  dimaklumkan  bahawa  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  telah memutuskan  supaya  SKPM  2010  digunakan  sebagai  dokumen  rasmi  penarafan sekolah  bagi  rnenggantikan  SKPM-Sekolah.  Penggunaan  SKPM-sekolah  akan ditamatkan  setelah  pengisian  skor PKS-SKPM  oleh  sekolah  rendah  pada 15 hingga  22  Disember  2010  dan  sekolah  menengah  pada  5 hingga  9 April 2011.                               
         Mulai  tahun 2011,  pelaksanaan  PKS-SKPM  dan penilaian  pencapaian Tawaran  Baru akan dibuat  menggunakan  SKPM  versi  terbaru  (SKPM  2010) Pengisian  skor PKS-SKPM menggunakan  SKPM  2010  ini adalah  berdasarkan pencapaian sekolah  dalam  tahun  2010  Semua sekolah  hendaklah mengemukakan  skor PKS-SKPM  kepada  Jemaah  Nazir  dan Jaminan  Kualiti secara  atas  talian melalui  portal  e-penarafan  www.moe.gov.my/skpm.
        Sekiranya menghadapi masalah gunakan buku SKPM yang telah dibekalkan kepada semua sekolah sebagai panduan dan rujukan.Jadual perlaksanaan Proses pengisian Skor SKPM bolehlah dirujuk melalui surat dengan membuat attachmants pada portal PPDKBB.....
Semoga usaha kita diberkati Allah....

Tahniah ! kepada semua sekolah rendah yang telah menyempurnakan pengisian maklumat SKPM . Komitmen dan kesegeraan semua sekolah dalam melaksanakan kewajipan amatlah dihargai. (Jan,2011)


No comments:

Post a Comment