Popular Posts

Monday, January 31, 2011

BUDAYA INOVASI

BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI: 
      Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 27 Januari 2010 di PICC. Objektif MI2010 ialah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara. Pelancaran MI2010 adalah untuk kick start pencetusan idea-idea inovasi ke segenap lapisan masyarakat melalui pembangunan ekosistem yang berupaya melakukan perubahan ke arah itu.  
       Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) adalah langkah utama dan berterusan bagi merealisasikan agenda inovasi negara. Inovasi kini menjadi pemacu ekonomi negara dalam menghadapi cabaran-cabaran global kini. Inovasi bukan milik sesiapa tetapi boleh dimiliki oleh semua, dan jika dijadikan budaya dan amalan hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa. Inovasi adalah kunci kepada kemakmuran dan ketamadunan sesebuah negara.  
      Selaras dengan pelancaran berkenaan, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan Garis Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam bertarikh 29 Januari 2010 bagi menggalakkan pembudayaan inovasi dalam sektor awam.

No comments:

Post a Comment