BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI:
Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 27 Januari 2010 di PICC. Objektif MI2010 ialah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara. Pelancaran MI2010 adalah untuk kick start pencetusan idea-idea inovasi ke segenap lapisan masyarakat melalui pembangunan ekosistem yang berupaya melakukan perubahan ke arah itu.
Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) adalah langkah utama dan berterusan bagi merealisasikan agenda inovasi negara. Inovasi kini menjadi pemacu ekonomi negara dalam menghadapi cabaran-cabaran global kini. Inovasi bukan milik sesiapa tetapi boleh dimiliki oleh semua, dan jika dijadikan budaya dan amalan hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa. Inovasi adalah kunci kepada kemakmuran dan ketamadunan sesebuah negara.
Selaras dengan pelancaran berkenaan, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan Garis Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam bertarikh 29 Januari 2010 bagi menggalakkan pembudayaan inovasi dalam sektor awam.
Popular Posts
-
Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua warga pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu. Khasnya kepada semua warga kepimpinan sekol...
-
Written by kualiti SIP adalah usaha komprehensif dan bercita-cita besar bagi mencabar, mem...
-
BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI: Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 27 Janua...
Monday, January 31, 2011
S.K.P.M
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) menjadi kayu ukur dalam menentukan aras kecemerlangan sekolah. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya SKPM 2010 digunakan sebagai dokumen rasmi penarafan sekolah bagi rnenggantikan SKPM-Sekolah. Penggunaan SKPM-sekolah akan ditamatkan setelah pengisian skor PKS-SKPM oleh sekolah rendah pada 15 hingga 22 Disember 2010 dan sekolah menengah pada 5 hingga 9 April 2011. Mulai tahun 2011, pelaksanaan PKS-SKPM dan penilaian pencapaian Tawaran Baru akan dibuat menggunakan SKPM versi terbaru (SKPM 2010) Pengisian skor PKS-SKPM menggunakan SKPM 2010 ini adalah berdasarkan pencapaian sekolah dalam tahun 2010 Semua sekolah hendaklah mengemukakan skor PKS-SKPM kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti secara atas talian melalui portal e-penarafan www.moe.gov.my/skpm. Sekiranya menghadapi masalah gunakan buku SKPM yang telah dibekalkan kepada semua sekolah sebagai panduan dan rujukan.Jadual perlaksanaan Proses pengisian Skor SKPM bolehlah dirujuk melalui surat dengan membuat attachmants pada portal PPDKBB.....Semoga usaha kita diberkati Allah.... Tahniah ! kepada semua sekolah rendah yang telah menyempurnakan pengisian maklumat SKPM . Komitmen dan kesegeraan semua sekolah dalam melaksanakan kewajipan amatlah dihargai. (Jan,2011) |
WARGA SEKTOR
|
Ke arah Kemenjadian Pelajar
Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua warga pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu. Khasnya kepada semua warga kepimpinan sekolah. Diharapkan tahun baru 2011 akan lebih gemilang dan cemerlang. Tahniah! kepada semua sekolah kebangsaan yang telah disenaraikan untuk verifikasi oleh JNJK atas kejayaan mencapai bai'ah pada tahun 2010. semoga berjaya ! |
Maklumat Dari Kementerian
Written by kualiti | |
SIP adalah usaha komprehensif dan bercita-cita besar bagi mencabar, memotivasi serta membantu semua 10,000 sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid – terutama yang berprestasi rendah. SIP ialah pemacu kritikal NKRA dan menyokong inisiatif “Sekolah Berprestasi Tinggi” (SBT) SBT menaikkan tahap kecemerlangan sekolah, SIP merapatkan jurang untuk sekolah yang berprestasi rendah. SIP ialah kesinambungan daripada Tawaran Baru kepada PGB untuk membantu dan memotivasi semua sekolah bagi meningkatkan pencapaian semua murid terutama mereka yang berprestasi rendah. |
Subscribe to:
Posts (Atom)